Catatan Popular

Sabtu, 23 Oktober 2010

MP Yg tak cerdik @ bahalol......

Bila otak itu sudah korup dan dangkal, apa saja akan digunakan untuk menutup kedangkalan tersebut. Mahfuz Omar PAS adalah salah seorang daripadanya.


Pada mulanya, MIM tidak mahu mengkritik celoteh Mr Bean ini kerana pandangan beliau tidak boleh dipakai dan merendahkan tahap pemikiran orang yang membaca pandangan beliau.


Contohnya, Mahfuz Omar PAS bercadang menggunakan Menara Warisan untuk dijadikan Muzium Seluar Dalam. Inilah otak pemimpin PAS yang sangat memalukan dan memperbodoh-bodohkan diri sendiri. 

Minggu Perhimpunan Agung UMNO Malaysia pun turut menjadi bahan celoteh kosong Mahfuz Mr Bean Omar. Pandangan beliau di bawah ini jelas menunjukkan ketidakmampuan analisis pemimpin PAS ini. Pandangan tidak tepat dan cuba diputarbelitkan untuk mengelirukan orang ramai. Baca dulu laporan berita di bawah ini dan MIM akan terangkan :-

"Jaminan di dalam perlembagaan yang dinyatakan oleh Najib dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 itu dengan sendirinya mendedahkan pembohongan dan khurafat Umno untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu kononnya mereka akan hilang kuasa jika parti yang disebut sebagai parti perasuah oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) itu tidak memerintah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Celoteh Mahfuz Omar di atas jelas menunjukkan kedangkalan otak Mahfuz Omar yang tidak faham tentang maksud yang dinyatakan oleh DS Najib Razak, Presiden UMNO Malaysia. 

Otak beliau terlalu mengaitkan apa sahaja kenyataan beliau untuk mengutuk parti UMNO/BN tanpa malunya. Pada hal, segala penerangan dan penjelasan UMNO termasuk Tun Mahathir adalah untuk menyedarkan bangsa Melayu supaya memahami hak-hak bangsa tersebut.

Nasihat yang diberikan amat perlu tatkala bangsa Melayu sedang menambaik status kehidupan di negara ini.


Manakala kesedaran yang cuba diwujudkan oleh UMNO adalah satu usaha positif untuk memastikan bangsa Melayu sentiasa tahu dan bersiap sedia mempertahankan hak-hak yang termaktub di dalam perlembagaan.

Tiada salahnya malah perlu diperingatkan setiap masa.

1 ulasan:

  1. nak kata alim pun bukan , nak kata pandai pun tak nampak pun....yg sebenarnya mamat ni dah pening kepala dan dah kehabisan modal , jadi buat2 pandai , buat2 alim . mamat ni dah takut akan hilang power dalam parti sendiri apa tah lagi sokongan rakyat makin tipis... gelombang angin perubahan akan bermula tak lama lagi insyaallah!!!

    BalasPadam