Catatan Popular

Sabtu, 9 Oktober 2010

RESOLUSI KARUT

RESOLUSI-RESOLUSI PERHIMPUNAN AGUNG PEMUDA MCA KEBANGSAAN YANG KE-46( 9hb Oktober 2010 )



HAL-EHWAL PARTI:

Resolusi (1):



Menyokong penuh kepimpinan Presiden MCA, Dato’ Seri Dr. Chua Soi Lek dan Timbalan Presiden MCA, YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai, dan melaksanakan Lapan Teras di bawah Pelan Tindakan Parti yang ditentukan oleh pusat kepimpinan serta menyatupadukan semua ahli parti bagi berdepan dengan cabaran pilihan raya umum ke-13.



Resolusi (2):



Menyeru parti memupuk pemimpin-pemimpin muda yang berkaliber dan menjadikan usaha ini sebagai strategi masa depan parti. Usaha-usaha pemupukan golongan muda haruslah mengikut keperluan zaman supaya mereka bersedia bertanding jawatan Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis Perbandaran dan sebagainya agar parti boleh memperolehi suntikan tenaga baru serta mempercepatkan proses transformasi parti.



Resolusi (3):



Menyokong penuh pengembalian semangat penubuhan Pemuda MCA di mana Pergerakan Pemuda MCA haruslah merangkumi ahli-ahli Pemuda dan Pemudi. Ini bukan sahaja boleh memperkembangkan parti dan pada masa yang sama dapat membantu parti meraih sokongan pengundi muda.





POLITIK



Resolusi (4):



Menyokong penuh konsep 1 Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diketengahkan oleh Perdana Menteri kita YAB Dato’ Seri Najib Bin Tun Razak agar segera melaksanakan polisi-polisi yang adil kepada rakyat berbilang kaum bagi membina sebuah negara yang adil, harmoni dan makmur.



Resolusi (5):



Kerajaan perlu menetapkan peraturan baru sistem ganjaran dan hukuman untuk kakitangan awam agar kerajaan mempunyai kuasa untuk merekrut dan memecat kakitangan awam bagi mengurangkan masalah rasuah, penyalahgunaan kuasa, kepincangan dari segi pentadbiran kerajaan demi meningkatkan keberkesanan sistem pentadbiran dan daya saing negara.



Resolusi (6):



Kerajaan perlu merangka semula isi kandungan modul latihan Biro Tatanegara dengan memansuhkan segala isi kandungan yang berunsur perkauman, meningkatkan semangat patriotik di kalangan kakitangan awam serta menjalankan tanggungjawabnya secara adil tanpa mengira warna kulit. Kerajaan juga harus mengarahkan semua pensyarah Biro Tatanegara supaya berhati-hati semasa penyampaian kuliah dan tidak sekali–kali menyinggung perasan kaum lain yang membawa padah kepada perpaduan rakyat. Peranan Biro Tatanegara adalah untuk memastikan kakitangan awam faham tanggungjawab mereka adalah memberikan perkhidmatan kepada orang awam dan bukannya meningkatkan karenah birokrasi dalam sistem pentadbiran awam.



Resolusi (7):



Memberi amaran kepada semua pihak supaya jangan mempolitikkan isu-isu perkauman dan sengaja mengeluarkan kenyataan memansuhkan SJKC. Pemuda MCA akan mempertahankan hak asasi setiap kaum dan berikthiar akan berdepan dengan mana-mana individu ataupun organisasi yang cuba membangkitkan isu tersebut supaya Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang berideologi sederhana agar kepentingan semua rakyat terjamin.



Resolusi (8):



Menyokong pendirian identiti “Malaysian First”. Kerajaan perlu mengambil tindakan yang tegas dan segera dalam menghukum kakitangan awam yang membuat kenyataan seperti “balik ke negara China” dan sebagainya. Kerajaan Barisan Nasional perlulah tegas memutuskan hubungan dengan organisasi seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bagi meredakan hubungan perkauman yang semakin tegang.





EKONOMI



Resolusi (9):



Semua pihak perlu ada keazaman politik (political will) untuk memberikan sokongan penuh kepada Program Transformasi Ekonomi dan Modal Ekonomi Baru bagi membantu golongan muda untuk mempercepatkan usaha meningkatkan pendapatan dan kualiti kehidupan serta memperkukuhkan daya saing dalam dan luar negara.



Resolusi (10):



Menyokong dan mencadangkan kerajaan untuk melaksanakan gaji minima secara berperingkat bagi mewujudkan modal ekonomi bernilai tinggi. Di samping itu, kerajaan juga haruslah menarik penyertaan pelaburan dari dalam dan luar negara untuk menjadikan Malaysia sebagai “brain hub” serta bersama-sama menarik golongan muda yang berbakat dari dalam dan luar negara bagi membantu menjana ekonomi negara yang berpendapatan tinggi.





PENDIDIKAN:



Resolusi (11):



Menyokong penuh usaha kerajaan untuk mensistematikkan pelan biru mekanisme baru perumahan di mana sekeping tanah akan disediakan untuk pembinaan SJKC di kawasan pembangunan baru dengan kepadatan 3000 buah rumah. Mekanisme baru ini akan memastikan SJKC dibina dengan segera di kawasan pembangunan baru bagi menggelakkan kawasan pembangunan baru mengalami masalah kekurangan SJKC dan ini juga dapat menyelesaikan masalah kesesakan SJKC di kawasan yang berhampiran. Ini merupakan hala tuju baru yang melibatkan pindaan dasar kerajaan demi menyelesaikan masalah SJKC. Justeru itu, pucuk pimpinan parti perlulah melaksanakan sepenuhnya.



Resolusi (12):



Kerajaan harus mengamalkan dasar pengagihan peruntukan bantuan wang dan tanah secara adil, saksama dan sistematik kepada semua sekolah jenis kebangsaan tanpa mengambil kira hak milik tanah dan bangunan sekolah.



Resolusi (13):



Menyeru kerajaan untuk menerima pelajar berkelayakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk memasuki maktab perguruan, menjadi kakitangan awam dan memasuki universiti awam. Tiga polisi baru ini dapat mengekalkan bakat, memperbesarkan sumber pelajar cemerlang bagi membolehkan universiti tempatan, maktab perguruan dan perkhidmatan awam menghasilkan pelajar / pekerja yang lebih berkualiti.



Resolusi (14):



Menyeru kerajaan untuk meneruskan pemberian Biasiswa JPA Luar Negara yang berdasarkan kepada merit tanpa mengira warna kulit supaya lebih ramai pelajar cemerlang berpeluang untuk melanjutkan pengajian di luar negara. Menyeru kerajaan untuk memastikan pelajar-pelajar tersebut dihantar ke universiti terunggul di luar negara supaya mereka mendapat didikan yang terbaik sebelum kembali untuk berkhidmat kepada negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan