Zaid mungkin masuk DAP…
Saya menyifatkan, tindakan Zaid Ibrahim yang mengumumkan untuk melepaskan semua jawatannya termasuklah menarik diri dari bersaing merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, adalah sesuatu yang tidak mengejutkan.
Sebenarnya, tindakan Zaid yang dibuat selepas dia menimbulkan kekecohan didalam isu pengundian pemilihan PKR, telah memberikan satu kejutan besar buat PKR serta Anwar Ibrahim sendiri.
Zaid juga telah mengaitkan pemimpin-pemimpin tertinggi PKR dengan isu pemilihan parti tersebut. Ini menjadikan dia sebagai “penderhaka” didalam PKR kerana menyatakan perkara yang bertentangan dengan Anwar serta ramai pemimpin besar didalam PKR.
Sudah banyak kali, Zaid yang bersaing dengan Azmin didalam perebutan jawatan kedua tertinggi PKR, mengambil pendekatan mengkritik Anwar dan juga beberapa polisi parti itu. Ini adalah sesuatu yang baru yang tidak pernah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PKR sebelumnya.
Ramai yang mengaitkan sikap Zaid ini sepertimana sewaktu dia masih bersama UMNO. Zaid juga telah mengkritik pentadbiran Tun Abdullah serta melakukan banyak tindakan agresif pro pembangkang sewaktu dia memegang jawatan di Jabatan Perdana Menteri. Ketika itu, tindakannya juga memberi banyak kesan buruk terhadap imej UMNO sendiri.
Didalam pemilihan PKR kali ini, Zaid dengan beraninya mempertikaikan proses pengundian. Ini termasuklah sindirannya terhadap Anwar yang dilihat lebih cenderung kepada orang-orang tertentu didalam PKR. Ini merupakan salah satu faktor Zaid “merajuk” apabila kehendaknya tidak dipenuhi.
Ramai kini mula membuat ramalan kemanakah hala tuju Zaid Ibrahim selepas ini. Apakah dia akan tetap terus didalam PKR sambil memberi sokongan kepada Azmin Ali yang disainginya, ataupun dia terus melompat ke parti lain yang mungkin menjanjikan sesuatu untuknya?
Tak mungkin rasanya Zaid memilih untuk kembali kepada UMNO ataupun menetap terus didalam PKR sambil berpura-pura wala’ kepada Azmin serta Anwar. Jika ya pun.., dia pasti akan menempuh pelbagai tohmahan dari orang-orang sekelilingnya.
Bagi saya, tak mustahil jika Zaid masuk kedalam parti DAP. Dengan pemikiran sekular Zaid seperti ramai diantara kita ketahui, hanya DAP yang sesuai dengan kemahuannya. Lagipun, DAP pasti mahukan Zaid bagi membolehkan mereka “menafikan kuasa Sultan” didalam perlantikan Menteri Besar di negeri-negeri yang mempunyai Raja Melayu.
DAP juga amat perlukan pemimpin melayu yang boleh mengepalai parti rasis tersebut didalam menarik sokongan bangsa melayu. Sebab itulah bagi saya, Zaid adalah merupakan aset berharga jika dia masuk kedalam parti Chauvinist tersebut.
Walau apa pun pilhan Zaid selepas ini, ia akan pasti melibatkan percaturannya untuk bertanding didalam PRU yang akan datang. Zaid tak mungkin kekal didalam PKR. Dia juga tak mampu berlakon baik didalam PAS. Hanya DAP yang mampu memenuhi “nafsu” Zaid didalam politik sekular yang diamalkannya.
credit to : cupin_aku@antiPAS

Tiada ulasan:
Catat Ulasan