Catatan Popular

Isnin, 25 Oktober 2010

bila da taksub ngan pemimpin....nie la jadinya



Apakah perkara yang paling hebat dan menjadi tunjang didalam pergerakan parti PAS? Ianya tak lain dan tak bukan hanyalah satu perkara sahaja iaitu TAKSUB!

Kenapakah ahli-ahli PAS amat taksub dengan pemimpin-pemimpin mereka? Dan akibat dari taksub jugalah, semua kesalahan besar yang dilakukan oleh pemimpin mereka boleh didiamkan begitu sahaja.

Didalam PAS boleh dikatakan terdapat 90 peratus ahli tegar. Kelompok ahli sebegini hanya akan percaya apa sahaja yang berkaitan dengan PAS dan menolak segala elemen yang mempunyai kaitan dengan parti lain.

Ahli-ahli dari kelompok ini hanya akan baca Harakah, dengar ceramah dan juga mungkin hanya bersembang serta berkawan hanya sesama ahli PAS sahaja. Mereka-mereka ini tak akan baca akhbar perdana langsung. Mereka juga tak akan percaya dengan apa yang ditayangkan didalam berita televisyen.

Ahli-ahli sebegini telah diajar bahawa berita di televisyen dan juga akhbar perdana ialah merupakan saluran propaganda UMNO dan kerajaan bagi membohongi rakyat.

Cuba teliti dan selidik dikampung-kampung yang menjadi kubu kuat PAS. Ahli-ahli yang sebegini terlalu ramai. Tak dinafikan jenis ahli taksub begini pun ada di kawasan bandar, tetapi jumlahnya adalah sedikit jika nak dibandingkan dengan yang ada di luar bandar.

Jika di kawasan kampung, golongan ahli PAS yang taksub ini tidak bercampur dengan yang lain. Mereka akan hanya bergaul sesama sendiri dan akan hanya mementingkan dunia mereka sendiri sahaja. Mereka agak jarang dilihat bermasyarakat dengan orang ramai.

Ini disebabkan, kelompok taksub PAS ini percaya bahawa hanya PAS yang Islam dan Islam itu PAS. Ada yang lebih teruk, segelintir dari ahli taksub PAS ini tetap percaya sampai bila-bila bahawa UMNO itu kafir dan sesiapa yang menjadi ahli UMNO itu berada didalam kesesatan.

Sebab itulah terjadinya kes sembahyang dua imam, kenduri ahli UMNO dipulaukan serta sembelihan orang UMNO tak halal dimakan. Ini semua kerana apa lagi jika bukan kerana TAKSUB!

Dari manakah punca semua amalan taksub melampau ini? Salah satu puncanya ialah Amanat Haji Hadi. Ramai yang mengetahui bahawa Amanat inilah yang menjadi sebab utama berpecahnya melayu/islam diantara PAS dan juga UMNO.

Daripada Amanat inilah juga bermulanya kejadian Sembahyang Jumaat berasingan, terbinanya masjid PAS dan masjid UMNO serta amalan mengkafir secara terbuka diantara sesama masyarakat melayu/islam.

Ini semua kerana Hadi Awang telah menfatwakan bahawa UMNO itu kafir! Dan ada ahli-ahli taksub yang terlampau dunggu telah percaya bulat-bulat dengan fatwa Hadi ini.

Walhal, sepatutnya mereka berfikir menggunakan akal untuk menilai samaada baik ataupun tidak sesuatu yang diucapkan leh seseorang yang mengaku ulamak itu, bukannya hanya tahu menyondol seperti lembu yang dicucuk hidung. Tetapi ini yang terjadi kepada ahli-ahli tegar PAS.

Banyak lagi yang boleh dihuraikan tentang punca mengapa ahli PAS menjadi begitu taksub kepada pemimpin-pemimpin mereka. Tetapi cerita semuanya lebih kurang sama sahaja.

Yang pasti, perlu kita semua ketahui bahawa ahli-ahli tegar PAS menjadi taksub melampau bukanlah kerana telah di “nasi kankang” kan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Ahli-ahli PAS ini juga bukanlah dicalit ubat guna-guna supaya menurut segala apa yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin PAS.

Sebenarnya, walaupun sebahagian darinya adalah berpunca dari kesalahan pemimpin PAS sendiri, sebahagian lagi adalah datang dari keinginan ahli-ahli PAS ini untuk mencari jalan mudah ke syurga!

Mereka ingat dengan menjadi wala’ kepada tok guru PAS dapat memberikan tiket percuma ke syurga, walhal mereka tak sedar sebenarnya mereka secara perlahan bertukar sifat berperangai seperti ahli neraka!

- myKMU

1 ulasan: