sebelum 8 mac 2008 ramai penjual ubat kat pasar malam memperkenalkan ubat demam baru cap PR.....punya la heboh satu malaya yang ubat nie baik untuk semua rakyat malaya bagi menggantikan ubat sedia ada yakni cap BN......tapi sampai la nie....duit dah habis beratus dan beribu tapi apa kesan pun tarak.......demam yang dulu cepat kebah tapi la nie bila da kena ubat cap PR nie bukan setakat nak kebah......bertambah teruk adalah....yang syoknya....penjual2 ubat nie x pulak reti nak berenti ataupun minta maap sebab ubat depa x baguih..depa pulak dok pulun kata pengeluar ubat cap BN dok pelingkup depa.....yang depa dok pelingkup duit rakyat pastu bagi ubat kat rakyat dengan duit kuda......betui ka macam tue......sampai bila la depa nak pembohong nie...da ubat tue x baguih.....buat macam mana pun memang dah x baguih........kalau betul2 org jual ubat kat pasar malam pun dia bohong setakat 3 kali ja epas kompom kena plangkong tapi malaun2 nie x plak rasa takut......heran aku........
nukilan dan cetusan hati
akulaaaaaa
anti PAS
Catatan Popular
-
sebelum 8 mac 2008 ramai penjual ubat kat pasar malam memperkenalkan ubat demam baru cap PR.....punya la heboh satu malaya yang ubat nie bai...
-
Ucapan penuh Tun Hussin Pada Tahun 1977 "Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan seti...
-
L ihat sendiri video dibawah. Cuba kita nilaikan apakah minah cina ini layak dikatakan warga Malaysia yang setia kepada negara??? Rakyat ...
-
Apakah perkara yang paling hebat dan menjadi tunjang didalam pergerakan parti PAS? Ianya tak lain dan tak bukan hanyalah satu perkara saha...
-
salam........ hamPAS umpama daun kari @ KARAPOLE Dalam akhbar bahasa Inggeris New Straits Times 08 April 1995 pula melaporkan Nik Aziz ka...
-
Guan Eng ni memang KM paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang. Dia ni dahlah pembohong dia jugak tak peduli dengan peniaga kecil kaum Melay...
-
Zaid mungkin masuk DAP… Saya menyifatkan, tindakan Zaid Ibrahim yang mengumumkan untuk melepaskan semua jawatannya termasuklah menarik dir...
-
Bila otak itu sudah korup dan dangkal, apa saja akan digunakan untuk menutup kedangkalan tersebut. Mahfuz Omar PAS adalah salah seorang dari...
Selasa, 23 November 2010
Selasa, 9 November 2010
melayu bongkak
Zaid mungkin masuk DAP…
Saya menyifatkan, tindakan Zaid Ibrahim yang mengumumkan untuk melepaskan semua jawatannya termasuklah menarik diri dari bersaing merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, adalah sesuatu yang tidak mengejutkan.
Sebenarnya, tindakan Zaid yang dibuat selepas dia menimbulkan kekecohan didalam isu pengundian pemilihan PKR, telah memberikan satu kejutan besar buat PKR serta Anwar Ibrahim sendiri.
Zaid juga telah mengaitkan pemimpin-pemimpin tertinggi PKR dengan isu pemilihan parti tersebut. Ini menjadikan dia sebagai “penderhaka” didalam PKR kerana menyatakan perkara yang bertentangan dengan Anwar serta ramai pemimpin besar didalam PKR.
Sudah banyak kali, Zaid yang bersaing dengan Azmin didalam perebutan jawatan kedua tertinggi PKR, mengambil pendekatan mengkritik Anwar dan juga beberapa polisi parti itu. Ini adalah sesuatu yang baru yang tidak pernah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PKR sebelumnya.
Ramai yang mengaitkan sikap Zaid ini sepertimana sewaktu dia masih bersama UMNO. Zaid juga telah mengkritik pentadbiran Tun Abdullah serta melakukan banyak tindakan agresif pro pembangkang sewaktu dia memegang jawatan di Jabatan Perdana Menteri. Ketika itu, tindakannya juga memberi banyak kesan buruk terhadap imej UMNO sendiri.
Didalam pemilihan PKR kali ini, Zaid dengan beraninya mempertikaikan proses pengundian. Ini termasuklah sindirannya terhadap Anwar yang dilihat lebih cenderung kepada orang-orang tertentu didalam PKR. Ini merupakan salah satu faktor Zaid “merajuk” apabila kehendaknya tidak dipenuhi.
Ramai kini mula membuat ramalan kemanakah hala tuju Zaid Ibrahim selepas ini. Apakah dia akan tetap terus didalam PKR sambil memberi sokongan kepada Azmin Ali yang disainginya, ataupun dia terus melompat ke parti lain yang mungkin menjanjikan sesuatu untuknya?
Tak mungkin rasanya Zaid memilih untuk kembali kepada UMNO ataupun menetap terus didalam PKR sambil berpura-pura wala’ kepada Azmin serta Anwar. Jika ya pun.., dia pasti akan menempuh pelbagai tohmahan dari orang-orang sekelilingnya.
Bagi saya, tak mustahil jika Zaid masuk kedalam parti DAP. Dengan pemikiran sekular Zaid seperti ramai diantara kita ketahui, hanya DAP yang sesuai dengan kemahuannya. Lagipun, DAP pasti mahukan Zaid bagi membolehkan mereka “menafikan kuasa Sultan” didalam perlantikan Menteri Besar di negeri-negeri yang mempunyai Raja Melayu.
DAP juga amat perlukan pemimpin melayu yang boleh mengepalai parti rasis tersebut didalam menarik sokongan bangsa melayu. Sebab itulah bagi saya, Zaid adalah merupakan aset berharga jika dia masuk kedalam parti Chauvinist tersebut.
Walau apa pun pilhan Zaid selepas ini, ia akan pasti melibatkan percaturannya untuk bertanding didalam PRU yang akan datang. Zaid tak mungkin kekal didalam PKR. Dia juga tak mampu berlakon baik didalam PAS. Hanya DAP yang mampu memenuhi “nafsu” Zaid didalam politik sekular yang diamalkannya.
credit to : cupin_aku@antiPAS

Isnin, 8 November 2010
KEBENARAN YANG SEMAKIN TERSERLAH SELEPAS 20 TAHUN
Ucapan penuh Tun Hussin Pada Tahun 1977
Kerana mulutnya suka berbohong sebab itulah yang menyebabkan mulut dia berdarah ketika dia sedang tidur.
Setelah membaca ucapan penuh Tun Hussin, bulu roma saya jadi tegak, darah jadi berderau. Geramnya aku pada Pas tidak boleh nak dikatakan lagi. Ayuh rakan-rakan ku sekalian, kita harus bangkit menentang Pas habis-habisan. Perkara ini wajib dilakukan, kita harus menentang Pas sebagaimana kita menentang iblis dan syaitan. Kerana Pas lah punca kepada segala perpecahan di muka bumi ini. Pas jugalah yang menyebabkan fitnah berleluasa di negara ini.
Pas harus ditentang habis-habisan. Mulai hari ini saya sudah istihar tidak lagi menyokong sebarang kerjasama antara Pas dan Umno.Nyah Pas dari bumi ini..TAKBIR!!!!!!!
"Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.
Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.
Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.
Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.
Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.
Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.
Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.
Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.
Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.
Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.
Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.
UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.
UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.
Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.
Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.
Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.
Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.
Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.
Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.
Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.
Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.
Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.
Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.
Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.
Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.
Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.
Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.
Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.
Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.
Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.
Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.
Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.
Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?
Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?
Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.
Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.
Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.
Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.
Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.
Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.
Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.
Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.
Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.
Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.
Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.
Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.
Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.
Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.
Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.
Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.
Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.
UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.
Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.
Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."
FAKTA TAMBAHAN.
Izinkan saya memberi sedikit fakta tambahan.
AntarapPunca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.
Yang tidak diceritakan oleh PAS:
1... Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.
2... Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.
3...Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.
4...Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.
5...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.
6...Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.
FAKTA TAMBAHAN 11.
.Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.
8...Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.
9...Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.
10...Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.
11...Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.
12...Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.
13...Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.
14...Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.
15...Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.
16...Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.
17...Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.
18...Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

kebenaran yang semakin terserlah
salam........
hamPAS umpama daun kari @ KARAPOLE
Dalam akhbar bahasa Inggeris New Straits Times 08 April 1995 pula melaporkan Nik Aziz kata, "Mengumpat dibenarkan bagi meluahkan dendam yang membara"..wow!!! sesiapa nak dapat pahala bila mengumpat bolehlah join PAS...hehehe

Sabtu, 6 November 2010
padan dengan muka..........
KEKALAHAN Pas dalam pilihanraya DUN Galas, Allah telah menzahirkan sikap tidak bertanggungjawab Pas, khususnya Nik Aziz kepada Islam sebagai Al Ddin.
Sikap mengaminkan apa yang dikata oleh kafir Laknatullah, sudah terserlah Allah tidak lagi merestui sikap dan perjuangan Nik Aziz yang telah menyimpang dari landasan Islam sebenar.
Sebelum terlambat, baliklah ke pangkal jalan, berjuanglah atas perjuangan kedaulatan Melayu dan Islam semoga Allah memberkati umat Melayu dan Islam keseluruhannya. AMIN. (Al Amin Kelantan).
Pisau berpendapat,PAS tidak akan sama sekali mohon cerai dengan pasangan kekasihnya DAP,mereka lebih rela menghina bangsa sendiri ,hina agama sendiri dan selesa ditunggang oleh kafir harbi.
Orang yang menghulur salam perpaduan dihina dan dicaci,mereka bagaikan sudah membakar jambatan perpaduan sesama bangsa dan agama.
Kepada pembaca dari Kedah sila email gambar,luahan dan pendapat mengenai isu banjir di editor@pisau.net & http://aku80.blogspot.com
Pisau kata "baru tiba dari Galas"
Selasa, 2 November 2010
apo la nak jadik..............
Penulis terkejut apabila mendapat tahu parti PAS telah mengeluarkan 'fatwa' baru yang mengatakan bahawa penerima bantuan daripada kerajaan negeri adalah haram menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang!
Fatwa itu dinyatakan sendiri oleh Muhamad Zain Abdul Rahman, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat (2009-2011) ketika berucap pada majlis Penyerahan Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat Fasa Kedua di Madrasah Darul Mujahidin, Teluk Panglima Garang, Selangor, kelmarin. Klik sini
Jika Muhamad Zain waras, beliau sepatutnya menggunakan otak yang dikurniakan oleh Allah swt untuk mengkaji dari mana datangnya wang kerajaan negeri.
Wang tersebut adalah hasil cukai dan hasil-hasil lain yang dikutip bukan hanya rakyat yang berpartikan PAS, DAP atau pun PKR. Tetapi cukai rakyat yang menyokong Barisan Nasional juga.
Maka, perkongsian wang kerajaan negeri oleh setiap rakyat tidak mengira parti politik tidak boleh dilabelkan sebagai milik parti PAS sahaja.
Penulis tidak faham tindakan parti PAS yang mengeluarkan fatwa yang tidak masuk akal itu. Malah, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS sendiri tentu tidak bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Dewan PAS Pusat itu.
Kalau diikutkan fatwa songsang itu, seluruh rakyat Malaysia sepatutnya diharamkan menyokong parti PAS dan Pakatan Rakyat kerana telah mendapat bantuan sejak Barisan Nasional memerintah negara ini. Tapi tak pernah dibuat orang pun. Tidak masuk akal langsung!
Penulis menyarankan kepada Muhamad Zain Abdul Rahman, Setiausaha Dewan PAS Pusat supaya menarik balik fatwa beliau itu. Ianya bukan sahaja bodoh tetapi menyesatkan.
Dan penulis berharap agar fatwa songsang itu tidak dipanjangkan ke pilihanraya DUN Galas kerana tindakan itu akan memburukkan lagi imej parti PAS Kelantan yang sudah pun tercemar teruk dek Nik Aziz dan rakan-rakan beliau di sana!
Realitinya, tindakan desperado Setiausaha Dewan PAS Pusat dan pemimpin-pemimpin PAS di DUN Galas jelas menunjukkan parti PAS semakin terhimpit dan kehilangan sokongan rakyat dan juga penyokong-penyokong parti itu sendiri.

"Kalau ada orang terima bantuan daripada kerajaan negeri, hukumnya haram kalau mereka sokong UMNO" katanya.Muhamad Zain jarang membuat kenyataan sebelum ini tetapi kenyataan beliau di atas secara tidak langsung telah menconteng arang ke muka beliau sendiri. Penulis berpendapat hanya orang bodoh dan jahil agama sahaja yang akan mengangguk kepala dan bersetuju dengan 'fatwa' baru parti PAS itu.
Jika Muhamad Zain waras, beliau sepatutnya menggunakan otak yang dikurniakan oleh Allah swt untuk mengkaji dari mana datangnya wang kerajaan negeri.
Wang tersebut adalah hasil cukai dan hasil-hasil lain yang dikutip bukan hanya rakyat yang berpartikan PAS, DAP atau pun PKR. Tetapi cukai rakyat yang menyokong Barisan Nasional juga.
Maka, perkongsian wang kerajaan negeri oleh setiap rakyat tidak mengira parti politik tidak boleh dilabelkan sebagai milik parti PAS sahaja.
Penulis tidak faham tindakan parti PAS yang mengeluarkan fatwa yang tidak masuk akal itu. Malah, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS sendiri tentu tidak bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Dewan PAS Pusat itu.
Kalau diikutkan fatwa songsang itu, seluruh rakyat Malaysia sepatutnya diharamkan menyokong parti PAS dan Pakatan Rakyat kerana telah mendapat bantuan sejak Barisan Nasional memerintah negara ini. Tapi tak pernah dibuat orang pun. Tidak masuk akal langsung!
Penulis menyarankan kepada Muhamad Zain Abdul Rahman, Setiausaha Dewan PAS Pusat supaya menarik balik fatwa beliau itu. Ianya bukan sahaja bodoh tetapi menyesatkan.
Dan penulis berharap agar fatwa songsang itu tidak dipanjangkan ke pilihanraya DUN Galas kerana tindakan itu akan memburukkan lagi imej parti PAS Kelantan yang sudah pun tercemar teruk dek Nik Aziz dan rakan-rakan beliau di sana!
Realitinya, tindakan desperado Setiausaha Dewan PAS Pusat dan pemimpin-pemimpin PAS di DUN Galas jelas menunjukkan parti PAS semakin terhimpit dan kehilangan sokongan rakyat dan juga penyokong-penyokong parti itu sendiri.
Isnin, 25 Oktober 2010
bila da taksub ngan pemimpin....nie la jadinya
Apakah perkara yang paling hebat dan menjadi tunjang didalam pergerakan parti PAS? Ianya tak lain dan tak bukan hanyalah satu perkara sahaja iaitu TAKSUB!
Kenapakah ahli-ahli PAS amat taksub dengan pemimpin-pemimpin mereka? Dan akibat dari taksub jugalah, semua kesalahan besar yang dilakukan oleh pemimpin mereka boleh didiamkan begitu sahaja.
Didalam PAS boleh dikatakan terdapat 90 peratus ahli tegar. Kelompok ahli sebegini hanya akan percaya apa sahaja yang berkaitan dengan PAS dan menolak segala elemen yang mempunyai kaitan dengan parti lain.
Ahli-ahli dari kelompok ini hanya akan baca Harakah, dengar ceramah dan juga mungkin hanya bersembang serta berkawan hanya sesama ahli PAS sahaja. Mereka-mereka ini tak akan baca akhbar perdana langsung. Mereka juga tak akan percaya dengan apa yang ditayangkan didalam berita televisyen.
Ahli-ahli sebegini telah diajar bahawa berita di televisyen dan juga akhbar perdana ialah merupakan saluran propaganda UMNO dan kerajaan bagi membohongi rakyat.
Cuba teliti dan selidik dikampung-kampung yang menjadi kubu kuat PAS. Ahli-ahli yang sebegini terlalu ramai. Tak dinafikan jenis ahli taksub begini pun ada di kawasan bandar, tetapi jumlahnya adalah sedikit jika nak dibandingkan dengan yang ada di luar bandar.
Jika di kawasan kampung, golongan ahli PAS yang taksub ini tidak bercampur dengan yang lain. Mereka akan hanya bergaul sesama sendiri dan akan hanya mementingkan dunia mereka sendiri sahaja. Mereka agak jarang dilihat bermasyarakat dengan orang ramai.
Ini disebabkan, kelompok taksub PAS ini percaya bahawa hanya PAS yang Islam dan Islam itu PAS. Ada yang lebih teruk, segelintir dari ahli taksub PAS ini tetap percaya sampai bila-bila bahawa UMNO itu kafir dan sesiapa yang menjadi ahli UMNO itu berada didalam kesesatan.
Sebab itulah terjadinya kes sembahyang dua imam, kenduri ahli UMNO dipulaukan serta sembelihan orang UMNO tak halal dimakan. Ini semua kerana apa lagi jika bukan kerana TAKSUB!
Dari manakah punca semua amalan taksub melampau ini? Salah satu puncanya ialah Amanat Haji Hadi. Ramai yang mengetahui bahawa Amanat inilah yang menjadi sebab utama berpecahnya melayu/islam diantara PAS dan juga UMNO.
Daripada Amanat inilah juga bermulanya kejadian Sembahyang Jumaat berasingan, terbinanya masjid PAS dan masjid UMNO serta amalan mengkafir secara terbuka diantara sesama masyarakat melayu/islam.
Ini semua kerana Hadi Awang telah menfatwakan bahawa UMNO itu kafir! Dan ada ahli-ahli taksub yang terlampau dunggu telah percaya bulat-bulat dengan fatwa Hadi ini.
Walhal, sepatutnya mereka berfikir menggunakan akal untuk menilai samaada baik ataupun tidak sesuatu yang diucapkan leh seseorang yang mengaku ulamak itu, bukannya hanya tahu menyondol seperti lembu yang dicucuk hidung. Tetapi ini yang terjadi kepada ahli-ahli tegar PAS.
Banyak lagi yang boleh dihuraikan tentang punca mengapa ahli PAS menjadi begitu taksub kepada pemimpin-pemimpin mereka. Tetapi cerita semuanya lebih kurang sama sahaja.
Yang pasti, perlu kita semua ketahui bahawa ahli-ahli tegar PAS menjadi taksub melampau bukanlah kerana telah di “nasi kankang” kan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Ahli-ahli PAS ini juga bukanlah dicalit ubat guna-guna supaya menurut segala apa yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin PAS.
Sebenarnya, walaupun sebahagian darinya adalah berpunca dari kesalahan pemimpin PAS sendiri, sebahagian lagi adalah datang dari keinginan ahli-ahli PAS ini untuk mencari jalan mudah ke syurga!
Mereka ingat dengan menjadi wala’ kepada tok guru PAS dapat memberikan tiket percuma ke syurga, walhal mereka tak sedar sebenarnya mereka secara perlahan bertukar sifat berperangai seperti ahli neraka!
- myKMU
Langgan:
Catatan (Atom)