Catatan Popular

Selasa, 2 November 2010

apo la nak jadik..............

Penulis terkejut apabila mendapat tahu parti PAS telah mengeluarkan 'fatwa' baru yang mengatakan bahawa penerima bantuan daripada kerajaan negeri adalah haram menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang!

Fatwa itu dinyatakan sendiri oleh Muhamad Zain Abdul Rahman, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat (2009-2011) ketika berucap pada majlis Penyerahan Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat Fasa Kedua di Madrasah Darul Mujahidin, Teluk Panglima Garang, Selangor, kelmarin. Klik sini
"Kalau ada orang terima bantuan daripada kerajaan negeri, hukumnya haram kalau mereka sokong UMNO" katanya.
Muhamad Zain jarang membuat kenyataan sebelum ini tetapi kenyataan beliau di atas secara tidak langsung telah menconteng arang ke muka beliau sendiri. Penulis berpendapat hanya orang bodoh dan jahil agama sahaja yang akan mengangguk kepala dan bersetuju dengan 'fatwa' baru parti PAS itu.

Jika Muhamad Zain waras, beliau sepatutnya menggunakan otak yang dikurniakan oleh Allah swt untuk mengkaji dari mana datangnya wang kerajaan negeri.


Wang tersebut adalah hasil cukai dan hasil-hasil lain yang dikutip bukan hanya rakyat yang berpartikan PAS, DAP atau pun PKR. Tetapi cukai rakyat yang menyokong Barisan Nasional juga.

Maka, perkongsian wang kerajaan negeri oleh setiap rakyat tidak mengira parti politik tidak boleh dilabelkan sebagai milik parti PAS sahaja. 

Penulis tidak faham tindakan parti PAS yang mengeluarkan fatwa yang tidak masuk akal itu. Malah, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS sendiri tentu tidak bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Dewan PAS Pusat itu. 

Kalau diikutkan fatwa songsang itu, seluruh rakyat Malaysia sepatutnya diharamkan menyokong parti PAS dan Pakatan Rakyat kerana telah mendapat bantuan sejak Barisan Nasional memerintah negara ini. Tapi tak pernah dibuat orang pun. Tidak masuk akal langsung!

Penulis menyarankan kepada Muhamad Zain Abdul Rahman, Setiausaha Dewan PAS Pusat supaya menarik balik fatwa beliau itu. Ianya bukan sahaja bodoh tetapi menyesatkan.
Dan penulis berharap agar fatwa songsang itu tidak dipanjangkan ke pilihanraya DUN Galas kerana tindakan itu akan memburukkan lagi imej parti PAS Kelantan yang sudah pun tercemar teruk dek Nik Aziz dan rakan-rakan beliau di sana!
Nik Aziz dan duit ...

Realitinya, tindakan desperado Setiausaha Dewan PAS Pusat dan pemimpin-pemimpin PAS di DUN Galas jelas menunjukkan parti PAS semakin terhimpit dan kehilangan sokongan rakyat dan juga penyokong-penyokong parti itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan