Catatan Popular

Isnin, 18 Oktober 2010

pembohong lagi............












PB mendapat maklumat terdapat risalah propaganda kerajaan DAP yang ditampal di salah satu papan notis dalam Universiti Sains Malaysia (USM) (klik sini).

Risalah ini percayai ditampal secara haram oleh student2 yang menyokong kerajaan Pakatan diketuai Guan Eng lidah biawak .Dalangnya tidak lain ialah kumpulan Pro Mahasiswa yang dilihat cenderung kepada Pakatan kini menjadi balaci DAP untuk sebarkan risalah judi kepada pelajar .

Jika mengikut peraturan kampus ,sebarang aktiviti penyebaran risalah, poster, flyers dan sebagainya lagi hendaklah mendapat kebenaran rasmi daripada pihak universiti atau Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPP).

Setiap edaran tersebut diwajibkan memiliki cop pengesahan rasmi manakala sebarang pembukaan kaunter atau booth sehenti pula perlu mendapat kebenaran daripada Jabatan Pembangunan USM. Secara umumnya para pelajar USM tidak pernah berhadapan dengan sebarang masalah dengan prosuder-prosedur tersebut , kecuali Pro-Mahasiswa yang seringkali engkar dan seolah-olah hendak mencabar pihak universiti sepertimana pembangkang sekarang.


Risalah ini jelas cuba mempertahankan tindakan Guan Eng untuk menggunakan wang judi bagi disalurkan kepada warga emas di Pulau Pinang. Pelajar USM cuba dihasut dan diperdaya agar tidak mempercayai bahawa duit tersebut adalah duit judi kuda. Lagi siri pembohongan Guan Eng dan unit komunikasinya yang cuba memutar belitkan fakta sebenar bahawa kerajaan pakatan terima duit judi KUDA !!

Jadi , seperti PB pernah katakan dalam artikel sebelum ini yang Guan Eng kini sudah tertekan dengan pembohongan judi kuda ini dan kerajaannya menerima imej cukup buruk . Kini mereka mahu USM sebagai medan mereka sebarkan propaganda kerajaan DAP dengan memutarbelitkan fakta sebenar . 


p/s : giliran student USM pulak mahu dikencingkan oleh khalifah lidah biawak selepas warga emas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan